THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 13 October 2012

PeNtInGnYa iLmU PeNgEtAhUaN..


Semua orang tahu betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Allah melarang kita membuat sesuatu tanpa pengetahuan. 

17:36. Dan jangan mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan akal - semua itu ditanya.

24:15. Apabila kamu menerimanya dengan lidah kamu, dan kamu mengatakan dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan, dan di sisi Allah ia adalah satu yang besar.

Apakah selama ini apa yang kita buat mengikut arahan Allah? Tidak! Kita hanya menjadi pengikut kepada manusia itu sendiri. Manusia mengikut manusia. Betulkah? Bukankah Tuhan memberi kita akal untuk kita berfikir dan seterusnya kita sendiri perlu membuat perbezaan , menentukan dan seterusnya memilih yang mana satu betul yang mana satu salah?

Apakah orang terdahulu daripada kita samada ayah, ibu, atok, nenek kita benar selama ini? Ya? Tidak? Mungkin? Tidakkah kita lupa bahawa Nabi Ibrahim pernah berkata kepada ayah baginda ...

19:43. Ayah, telah datang kepadaku pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan memberi petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.

19:44. Ayah, jangan menyembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.

Adakah Tuhan hanya memberi pengetahuan kepada Nabi sahaja? Di zaman sekarang ini, tidak akan ada Nabi lagi kerana Muhammad adalah nabi terakhir. Jadi bagaimana kita inginkan pengetahuan. 

20:52. Berkata, "Pengetahuan mengenai mereka adalah di sisi Pemeliharaku di dalam Kitab; Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa.

34:6. Orang-orang diberi pengetahuan melihat bahawa apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, dan ia memberi petunjuk pada jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

53:28. Mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya; mereka mengikuti hanya sangkaan, dan sangkaan tidak berguna sedikit pun terhadap kebenaran.

Untuk mendapat pengetahuan, Tuhan telah menyatakan secara jelas di dalam Quran :

69:19. Kemudian bagi orang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, “Mari, bacalah kitabku!

73:4. Atau menambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.

96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,

17:14. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu."

Bacalah ... Tuhan telah menurunkan Al-Quran untuk menjadi kiblat manusia. Tuhan tidak pernah menyuruh kita membaca tanpa faham seperti apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Mana mungkin kita boleh mendapat pengetahuan hanya dengan membaca tanpa memahami?? 

73:20. .. dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah.Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.


Allah Maha Penyayang !

Friday, 3 August 2012

ramadhan kembali lagi...





Nabi S.A.W MENGAMBIL DARAH UNTUK PERUBATAN SEMASA BERPUASA

tidaklah ditegah orang yang berpuasa itu berbekam (mengambil darah untuk perubatan).

mengenai hadith yang berbunyi:

"A'fthorol hajimu walmahjum"

"Terbatal puasa yang membekam dan orang yang dibekami".

~maka hadith ini telah DIMANSUKH (hapus kira) dengan perbuatan Nabi s.a.w di mana beliau berbekam (semasa berpuasa) dan beliau melakukannya bagi membentukkan Syari'at untuk ummah, maka telah thaabit beliau s.a.w berbekam; sedangkan beliau sedang berpuasa.

H.R AL-BUKHAARI

mengambil darah TIDAK MENGAPA (TETAPI) MENCUCUK VITAMIN dan MENYALURKAN BAHAN MAKANAN ke dalam perut, dan sebagainya yang mempunyai maksud yang sama, orang yang berpuasa hendaklah berwaspada dari MENCUCUK VITAMIN kerana sesungguhnya dia boleh MEMBATALKAN puasa sebab ia termasuk pengertian MAKAN DAN MINUM, sekalipu ia tidak memasukkannya menerusi MULUT.

kitab Risaalataan Muujazataaz Fi Az-Zakaah Wa Ash-Shiyaam
kitab Al-Irwaa
kitab Haaqiiqah Ash-Shiyaam

jIkA aDa SeBaRaNg PeNaMbAhAn & TeGuRaN SiLaKan..
SaYa JuGa JAHIL LAGI~ (T_T)

Tuesday, 5 June 2012

satu hari nanti

kali ini anum nak cerita 1 perkara.
perkara nie anum slalu pikir bila anum duduk sorang2 nak tahu apa?
anum slalu bercita-cita yg bila anum blajar rajin2 nanti bila dah berjaya anum dah dapat kerja anum nak bawak mak,ayah dengan keluarga semua tapi yg lbih penting mak dengan ayah anum la kan pi MEKAH.sejak kebelakangan ini anum slalu pikir mcm2 yg ntah anum pon pelik.tapi tu la yg penting anum highlight kan skali lagi apa yg anum akan buat bila anum dah besar yg
 anum nak bawak mak,ayah dengan keluarga semua tapi yg lbih penting mak dengan ayah anum la kan pi MEKAH iitu saja buat kali ini jumpa lagi.

p/s:kalau anum ada buat salah anum minta maaf dkat smua..boleh semua maafkan anum??

............

>> Kamu mungkin akan melupakan orang yang TERTAWA denganmu, tetapi TIDAK MUNGKIN MELUPAKAN orang yang pernah MENANGIS denganmu..kerana semua orang mungkin pernah melihat kamu ketawa, tetapi TIDAK SEMUA orang pernah melihat kamu menangis..

p/s : TERSENYUM walaupun dirimu BERSEDIH dan MENANGIS adalah satu petanda betapa KUATNYA dirimu..♥

Friday, 3 February 2012

rasulullah!!!

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." — dengan SP ShAm SUgak.

Sumber : Dunia Hari Ini

Saturday, 14 January 2012

wanita...

sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah...
bila dikatakan dengan wanita solehah adalah seorang hamba ALLAH yg berjiwa murni..bersikap lemah lembut..prihatin sesama manusia dan menghormati org lain...wanita adalah hamba ALLAH yg mempunyai perasaan yg tidak dpat digambarkan..wanita dberikan air mata supaya dapat membari tahu keadaan dirinya buat msa itu supaya pihak kaum adam dan yg lain dpat mengeti apa yg dimaksudkannya itu..jadi fahamilah yg wanita bukan sahaja pembari zuriat tetepi penyeri di bumi ALLAH ini...