THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, 13 October 2012

PeNtInGnYa iLmU PeNgEtAhUaN..


Semua orang tahu betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Allah melarang kita membuat sesuatu tanpa pengetahuan. 

17:36. Dan jangan mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan akal - semua itu ditanya.

24:15. Apabila kamu menerimanya dengan lidah kamu, dan kamu mengatakan dengan mulut-mulut kamu apa yang mengenainya kamu tidak ada pengetahuan, dan kamu mengiranya satu yang ringan, dan di sisi Allah ia adalah satu yang besar.

Apakah selama ini apa yang kita buat mengikut arahan Allah? Tidak! Kita hanya menjadi pengikut kepada manusia itu sendiri. Manusia mengikut manusia. Betulkah? Bukankah Tuhan memberi kita akal untuk kita berfikir dan seterusnya kita sendiri perlu membuat perbezaan , menentukan dan seterusnya memilih yang mana satu betul yang mana satu salah?

Apakah orang terdahulu daripada kita samada ayah, ibu, atok, nenek kita benar selama ini? Ya? Tidak? Mungkin? Tidakkah kita lupa bahawa Nabi Ibrahim pernah berkata kepada ayah baginda ...

19:43. Ayah, telah datang kepadaku pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan memberi petunjuk kepadamu pada jalan yang datar.

19:44. Ayah, jangan menyembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.

Adakah Tuhan hanya memberi pengetahuan kepada Nabi sahaja? Di zaman sekarang ini, tidak akan ada Nabi lagi kerana Muhammad adalah nabi terakhir. Jadi bagaimana kita inginkan pengetahuan. 

20:52. Berkata, "Pengetahuan mengenai mereka adalah di sisi Pemeliharaku di dalam Kitab; Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa.

34:6. Orang-orang diberi pengetahuan melihat bahawa apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, dan ia memberi petunjuk pada jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

53:28. Mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya; mereka mengikuti hanya sangkaan, dan sangkaan tidak berguna sedikit pun terhadap kebenaran.

Untuk mendapat pengetahuan, Tuhan telah menyatakan secara jelas di dalam Quran :

69:19. Kemudian bagi orang diberi kitabnya di tangan kanannya, dia akan berkata, “Mari, bacalah kitabku!

73:4. Atau menambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.

96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,

17:14. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu."

Bacalah ... Tuhan telah menurunkan Al-Quran untuk menjadi kiblat manusia. Tuhan tidak pernah menyuruh kita membaca tanpa faham seperti apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Mana mungkin kita boleh mendapat pengetahuan hanya dengan membaca tanpa memahami?? 

73:20. .. dan Dia menerima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia mengetahui bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah.Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.


Allah Maha Penyayang !