Thursday, 22 December 2011
pencipta..
You Ask.. اَللّه Gives..
You Sin.. اَللّه Forgives..
You Repent.. اَللّه Forgets..
You Request.. اَللّه Accepts..
You Cry.. اَللّه Listens.
You Call.. اَللّه Runs..
You Knock.. اَللّه Opens..
You Attend.. اَللّه Welcomes..
You Nag.. اَللّه Hears..
You Question.. اَللّه Solves..
You Plea.. اَللّه Resolves.
You Take.. اَللّه Provides.
You Insist.. اَللّه Grants.
Posted by anum azila 98 at 05:00 0 comments
Monday, 28 November 2011
tanda2
TANDA2 SEMAKIN PUDAR IMAN
1. Malas tunai solat berjemaah
2. Liat nak bangun subuh
3. x khusyuk dlm solat kerana inginkan dunia
... 4. Tinggalkan amalan sunat dan solat nawafil (solat sunat)
5. Jauhkan diri dr Al-Quran
6. Terjerumus dlm maksiat & terus tenggelam
7. x ambil berat masalah umat
8. xda rasa tanggungjawab kpd agama
9. Terlerainya persaudaraan dgn ikhwah yg lain.kesannya:-
- jauh dr tauladan yg baik
- jauh dr prgrm keagamaan
- terdedah utk berada dlm kalangan org yg buat maksiat
- berlebihan dlm perkara yg harus (makan, minum, berjaga mlm bukan atas sbb
urusan syarie)
Posted by anum azila 98 at 19:41 0 comments
Saturday, 19 November 2011
faHAMILaH...
Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..
Wahai daie... Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda Rasul S.A.W mafhumnya :
Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang. [H.R Muslim]
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah... Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu dan yakin bahawa ada bahagia di Sana. Bahagia yang tidak bisa dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.
Wahai daie... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]
Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..
Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untukku. Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat Belas-Lasihan akan hamba-hamba-Nya. [al-Baqarah 2:207]
Kuatlah sahabatku...
Posted by anum azila 98 at 07:06 0 comments
REnuNGkAnlah..
✿..SEJUK HATI apabila melihat orang tutup AURAT..lagi sejuk jika melihat orang pakai tudung labuh, baju longgar dan tidak jarang..tapi boleh beku hati kalau IKHTILAT dijaga rapi, TEGAS dengan lelaki ajnabi, MALU kerana Ilahi, TAAT pada suami, kepada ibu dan ayah dia berbakti, dan JANNAH pasti menjadi destinasi.. Aurat tidak akan tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT, tidak akan tertutup dengan PERANGAI BAIK..tidak akan tertutup dengan KATA-KATA yang BAIK, tidak akan tertutup dengan SOLAT..tetapi akan tertutup dengan PAKAIAN yang SEMPURNA..✿~ Posted by anum azila 98 at 07:04 0 comments
Friday, 4 November 2011
diri kita dan pandangan mereka...
✿ Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..
❤ Bila jadi baik, ORANG MELUAT..
✿ Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..
❤ Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."
✿ Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
❤ Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..
✿ Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS..
❤ Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..
✿ Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..
❤ Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..
✿ Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
❤ Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."..
✿ Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"..
❤ Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..
✿~ Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :
~♥> Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia...~
hilangnya kemanisan perjuangan andai tiada dugaan dri aspek kemanusiaan,dunia dan nafsu......~may ALLAH bless us..
Posted by anum azila 98 at 03:50 0 comments
denGarlAh..
Tips Indahnya Hidup: " Kita perlu, berdoa memohon petunjuk dan pertolongan Allah SWT agar kt mampu menjalani hidup dengan jalan yg diridhai-Nya kemudian kt perlu ikhtiar sehabis mungkin sesuai dengan tuntunan Allah SWT, Setelah keduanya kita laksanakan, kita tinggal berserah diri kepada-Nya (tawakal). Dengan cara itu, apa pun hasil doa dan usaha itu, akan dapat kita terima dengan ikhlas dan menganggap apa yang terjadi pada diri kita merupakan hal terbaik yang Allah berikan.
Posted by anum azila 98 at 03:48 0 comments
Monday, 10 October 2011
nasihat sepanjang zaman..
Posted by anum azila 98 at 17:08 0 comments
Saturday, 8 October 2011
teman!!!
SAHABAT..
ღ¸.•´¯)..Andai hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..
ღ¸.•´¯)..Andaiku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta..
ღ¸.•´¯)..Andaiku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga..
ღ¸.•´¯)..Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera..
ღ¸.•´¯)..Andai hari ini PERTEMUAN terakhir kita, berdoalah moga "disana" kita dipertemukan semula..
>>>SUNGGUH, hati ini tidak KUAT untuk menempuhi jalan kehidupan berseorangan tanpamu di sisi..yang SETIA menemani..
Aku tahu KEBAHAGIAANKU tidak akan diambil orang lain kerana Allah telah menyediakan dan menetapkan ia HANYA untukku..kerana itu hatiku selalu TENANG..aku tahu Allah memerhatikan aku, kerana itulah aku MALU jika Allah melihatku sedang bermaksiat..dan aku tahu KEMATIAN itu sedang menungguku, kerana itulah aku selalu menambah BEKAL untuk hari pertemuanku dengan
Allah..✿ܓ ^_^
Posted by anum azila 98 at 06:47 0 comments
Monday, 3 October 2011
indahnya islam!!!
✿~ Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,
✿~ Malaikat itulah jurugambarnya,
✿~ Islam itu jalan ceritanya,
✿~ Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,
... ✿~ Padang masyhar tempat penganugerahannya,
✿~ Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,
✿~ ALLAH S.W.T adalah hakimnya,
✿~ Syurga atau Neraka adalah trofinya *~
Posted by anum azila 98 at 23:33 0 comments
Friday, 16 September 2011
mengingatimu ya RABBI!!!!
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allâh tempat BERBAGI
♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allâh tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allâh tempat MENGADU
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allâh tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allâh tempat MEMUJA
••••► INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA~
Posted by anum azila 98 at 04:29 0 comments
Wednesday, 31 August 2011
hanya kepadamu..
Drpd sujud kaki kekasih, baik sujud kpd Allah
Drpd cium kekasih, baik cium Tikar Sejadah
Drpd pegang tangan kekasih, baik Pegang Al-Quran
Drpd menangis untuk kekasih, baik menangis memohon Ampun drpd Allah
Drpd peluk kekasih, baik peluk Mak dan Ayah
Drpd kejar CINTA, baik kejar CITA-CITA
Posted by anum azila 98 at 08:08 0 comments
Saturday, 27 August 2011
nilai sesebuah ukhwah!!!
Posted by anum azila 98 at 00:35 0 comments
apa yg ada dlm dirimu..wahai insan yg bernama MANUSIA!!!
jangan hanya mengenal "telekung" saat sesak.
jangan hanya memandang "qiblat" saat payah.
jangan hanya teringat "wudhu’" saat lemas.
jangan hanya mengenal "tasbih" saat hanyut.
...jangan hanya memandang "alam" saat alpa.
sayang yang tak kelihatan ada pada hati, letaknya pada iman.
Carilah sayang Agung itu....agar sayang tak lagi palsu....
semoga Allah s.w.t bersama kita.....amin ya rabbalalamin...
Posted by anum azila 98 at 00:31 0 comments
Thursday, 11 August 2011
REnuNGkAnlah..
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam……
Posted by anum azila 98 at 00:33 0 comments
Sunday, 31 July 2011
ahlan wasahlan ya ramadhan...
jangan biarkan Ia berlalu begitu sahaja,
Kelak kita menyesal,
Kerana kita mungkin beralih haluan ditengah perjalanan,
Belum sampai Ramadhan tahun hadapan,
Alangkah ruginya kita;
Sering leka dengan keselesaaan yang ada;
Rejab , Syaaban berlalu begitu sahaja,
Tanpa kita penuhkan hari2 sunnah berpuasa,
Bila tiba Ramadhan, rasa berat pula untuk laksanakannya..
Namun begitulah manusia yang selalu leka dan lalai dengan nikmat dunia
sementara...
Ayuh!!
Kita bangun semula!!
Menggapai suatu nikmat yang sangat jauh untuk berjumpa dengannya;
Menanti setahun baru bersemuka;
Rindu menantinya, sedih dengan pemergiannya...
Alangkah indahnya,
jika hari-harinya diisi dengan ibadah yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah;
Tanpa mengira masa dan ketika;
Penuh didada rasa keikhlasan mentaati perintah Allah yang esa;
Posted by anum azila 98 at 22:50 0 comments
Friday, 29 July 2011
teman..
dikala sunyiku,
kau akan mengembirakan hatiku,
dikala sedihku,
kau akan membantuku,
teman,
aku harap persahabatan ini..
tidak akan putus,
seperti air yang dicincang,
teman maafkan kesalahanku,
jika aku telah menguris hatimu,
dan..
menghampakan dirimu.
teman anggaplah persahabatan ini,
sesuatu yang amat bernilai,
buat diiriku dan dirimu,
akhir kata,
jadikanlah persahabatan kita,
sebagai UHKUWAH FILLAH... by:anum azila98
Posted by anum azila 98 at 02:03 0 comments
Tuesday, 12 July 2011
ukhuwah fillah!!
Posted by anum azila 98 at 21:39 0 comments
Monday, 4 July 2011
takut!!
jin,iblis dan syaitan,
tetapi..
tidakkah manusia tahu,
bahawa...
hanya satu perkara yg harus ditakutkan..
ianya hanyalah..
ALLAH S.W.T
dialah yg menghidupkan dan mematikan kita semua..
jadi ingatlah..
takutlah pada yg 1..
Posted by anum azila 98 at 21:55 0 comments
Friday, 24 June 2011
SElaMat haRi bAPa!!!
kau mendorongku untuk terus berjaya,
kau memberi inspirasi kpadaku,
kau membangkitkan semangatku,
wahai ayahku,
maafkanlah kesalahan diriku,
halalkanlah segala mkn minumku,
SELAMAT HARI BAPA,
ku ucapkan untuk mu
Posted by anum azila 98 at 23:42 0 comments
Thursday, 23 June 2011
muslimah tercinta!!!
Posted by anum azila 98 at 03:01 0 comments
Sunday, 5 June 2011
hari ini..
disuruh mandi dan solat subuh,
aku menurut tanpa membantah,
aku melakukannya,
aku...
berusaha menurut setiap kata2 yang keluar,
dari mulut ibuku,
setiap detik terasa syahdu,
diriku bagaikan diulik mimpi,
terdengar lunakkan suara ibuku,
menyuruh aku melakukan tugasan harianku
ibu..
jika selama ini aku membuatkan dirimu sedih,
ketika daku membuatkan mu merasa gusar,
maafkanlah anaknu ini ibu,
kerana SYURGA itu,
akan berada di bawah telapak kakimu ibu..
Posted by anum azila 98 at 08:09 0 comments
Friday, 3 June 2011
KUASA TUHAN!!!!
hanya pada-nya kita memohan pertolangan
hanya padanya kita memohan keampunan
hanya padanya kita patut bersyukur atas segala nikmat pemberian-nya
Posted by anum azila 98 at 00:26 0 comments
ALLAH!!!!!
tiada apa yang patut kita sembah selain dirinya
MAHA PENGAMPUN...
Posted by anum azila 98 at 00:20 0 comments
Thursday, 2 June 2011
blog diriku akn menjadi blog untukku mentarbiah diriku..
Posted by anum azila 98 at 23:55 0 comments
thAnk to YOu..
Posted by anum azila 98 at 06:03 0 comments
Wednesday, 1 June 2011
hAPpy hOlidAY
Posted by anum azila 98 at 19:49 0 comments
what about me today????
Posted by anum azila 98 at 02:50 0 comments
Tuesday, 31 May 2011
eerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....
Posted by anum azila 98 at 23:36 0 comments
jangan marah...
Posted by anum azila 98 at 21:42 0 comments
what a new day
Posted by anum azila 98 at 21:17 0 comments




































